Saturday, July 16, 2011

.. cutiku ..


kali ni aq nk ceritakan pasal cuti aq
aq cuma sempat ada kt rumah
x sampai sebulan
lebih kurang 3 minggu lebih je
sejak awal bulan 6
aq dah kena balik ukm dah
semuanya sebab
4 benda ni :


1. MASUM
2. kursus jaksa kolej-kolej kediaman
3. kursus pemudah cara ukm (pc)
4. kursus kolej aq + program dengan ums


sepatutnya lepas benda no.2 tu aq da boleh balik
tapi atas alasan-alasan tertentu
dan juga desakan pihak-pihak yg tidak sepatutnya
aq akur jua
haha~


jadi sekarang ni nk cerita pasal setiap benda yang aq buat time cuti  ini
mula-mula sekali pasal masum
masum ni sebenarnye lama
3 minggu jugak la
tapi event chess tu minggu terakhir
so kena la tunggu sampai minggu terakhir tu
jadi 2 minggu yang awal tu
kena la berlatih
kena la prepare untuk tournament tu
jadi hari-hari la aq ulang-alik kiy-kajai
training plak sehari 3 kali
pagi, ptg, mlm
tapi untuk 3 hari ini iaitu isnin, rabu dan jumaat
sebelum training pagi tu
kena joging kat stadium ukm tu
kebiasaanya aq turun joging hari rabu je
haha~
almaklumlah, selalu bangun "awal"
ok2, aq skip je la psal training ni
so sampai la waktu tournament tuh
ktorg main secara berkumpulan
sekali main 4 org terus
jadi ada 4 papan la

so yg paling depan tu 1st board, aq la yg main kt 1st board tu
ni bkn sbb ape, sbb strategi sbb tu aq dok 1st board.


ok, jadi setelah 7 pusingan bersamaan 4 hari
akhirnya kami berjaya merangkul gangsa
menyamai pencapaian tahun lepas
kire ok la kan, mempertahankan gangsa tu
mungkin tahun depan akan cuba untuk ambil pingat lain pula


baiklah, sekarang cerita yang kedua
mengenai kursus jaksa
kursus jaksa ukm ni diadakan di samudera bidara resort, tanjung bidara, melaka
selama 3 hari 2 malam
macam-macam input yang kami dapat
tidak kurang juga beberapa persoalan yang dipersoalkan terjawab
banyak jugak aktiviti-aktiviti
kat kursus ni semangat kumpulan sangat kuat
teringat kat kursus ketua-ketua rumah sukan peringkat sbp zon selatan 2008 a.k.a kesuma
lebih kurang je 
cuma yang ni jaksa 
kursus ni bagus bg pendapat aq
sebab boleh kenal sesama jaksa
jadi bonding antara jaksa-jaksa kolej tu ada dan boleh diperkuatkan lagi
nanti bila ade aktiviti ke, program kolej ke
at least they can attend
if not as jaksa, as a friend

ni la barisan jaksa kiy 2011/2012 tapi ade je yg x de sbb x dtg kursus ni
so this is it.. :)


so banyak gak pengalaman baru yg aq dapat kt kursus ni.
tak lupa jugak, kawan2 baru.

tak sempat nk posing la plak.haha~


tamat la sudah cerita yang kedua
sekarang masa untuk cerita yang ketiga
sepatutnya aq dah balik rumah lepas kursus jaksa ni
tapi sebab felo-felo nak buat meeting
nak check proposal masing-masing
so tak jadi la aq balik
kena tunggu lepas meeting then ingat baru nak balik
kire tak nak pergi la kursus pc tu
lepas ydp aq ajak jugak pergi
dan aq pun dapat tau ade individu tersebut pun pegi
mula-mula macam nk ubah je fikiran tu
tp still tak nak pergi
then, i saw her name on my homepage
and on the chat


"salam, hye, sihat"


tapi tak sempat nak reply sebab aq baru nk gi mandi
balik-balik mandi da off
so nak ubah fikiran tu makin kuat la kan
tapi masa ni 2 hari sebelum start taklimat kursus pc kt ukm tu
so aq dibiarkan tanpa jawapan lagi
seperti biasa
lepas tu tiba lah hari taklimat kursus pc kt ukm
masa sampai tu dah la kolej kitorg lambat
segan je nak masuk
bila dah masuk tu
aq mula la tengok sekeliling
tengok-tengok macam tak ade je beliau
kira mcm down la sikit en
sebab utama nak pergi tu tak ade
so x pe la
ikut je taklimat nye program smpai petang
tapi tu pun aq skip satu slot terakhir
nak balik bilik awal
haha
sempat lagi
so bila da sampai je bilik lepak-lepak la main pes sebelum berangkat malam tu
dalam pukul 6 lebih
saje la usha fb
tengok-tengok beliau on9
terus la aq tegur
sebab hari tu terlepas da peluang untuk tanya
jadi aq pun terus tanya
beliau pergi ke tak
dan beliau cakap pergi
pastu beliau tanya kem mane?
aq pun cakap la A
beliau pulak B
tapi tak pe katenye, sebab sebelah je
mula-mula aq tak paham pun
bila dah sampai baru la paham


so bila dah malam tu
aq pun ngan rakan-rakan kiy
menapak la ke panggung seni
punya la jauh
dulu ade moto senang je
ni dah tak de transport, menapak aje lah
untuk perjalanan ke kem masing-masing
telah ditetapkan bas mengikut kem
aq sepatutnya naik bas 3-A (bas no.3 kem A)
tapi aq lari pergi bas 2-A
sebab nak lepak dengan geng-geng aq
punya lah lama tunggu kat panggung seni tu
hampir 3 jam jugak lah
dari pukul 9 sampai pukul 12
baru la jalan
tapi sebelum bas jalan
aq telah menerima satu kejutan
tetiba je ade beberapa orang dari kem B naik bas kitorg
salah seorangnya adalah beliau
lepas tu duduk kat seat depan aq lak tu
mula-mula kena duduk belakang, tapi lepas mintak tukar
duduk la depan
seat depan aq
tak kesah la duduk mana pun
even kalau duduk sebelah aq pun belum tentu aq tegur
ahaha~
so bertolak la kitorg ke besut, terengganu


selepas 2 perhentian kitorg berhenti 
akhirnya pukul 9 pagi hari jumaat
baru lah sampai ke kem tu
masa ni baru aq paham
kenape kem tu sebelah-sebelah
rupanya memang satu kem pun
cuma dibahagikan 2 kumpulan besar
sebab ada 2 tempat yang sesuai untuk buat program
so fahamlah aq


lepas dah check-in, taklimat ringkas
baru la kitorg balik dorm kitorg
satu dorm tu cukup untuk 40 org
jadi untuk budak-budak laki memang cukup 2 dorm tuk kem A dan B 
lepas dah rehat-rehat
pergi la makan
lepas makan budak laki pergi solat jumaat kt masjid yg terdekat
lepas solat jumaat
semua budak-budak ukm
tunggu kt luar masjid
sebab ape
sebab selipar masing-masing dah kena kebas
tak pernah aq tengok ramai-ramai selipar diorg kena kebas
yang pelik nya semua budak ukm
haha
dah nasib


lepas je balik
ade lagi taklimat penuh, taklimat disiplin dengan pembahagian kumpulan ldk
masa ni jugak la pemilihan penghulu, timb. penghulu dan sebagainya
mula-mula aq dilantik jadi timb.penghulu
tapi direject sebab suara tak berapa nak ada
so aq ingat aq pun terlepas dari dipilih untuk jadi yang lain plak
tapi kena jugak
jadi mc tuk slot yang ade
semua slot ade 6
tapi aq jadi 1 je la slot yg kedua
nak tak nak kena la jadi
tapi pasal slot-slot ni malas la nk cerita panjang
sebab hampir semua nya ngantuk
tambah-tambah slot ukm
haha~
oh ye, kursus ni sebenarnya terbahagi kepada 2
yg pertama bahagian untuk slot ukm iaitu untuk pc
yg kedua untuk slot btn iaitu untuk kenegaraan
pada aq yang best nye mase slot btn la
sebab banyak benda yang kita tak tau sebelum ni
kita tau mase ni
tujuan kem btn ni bukan untuk kita sokong kerajaan ke ape
tapi untuk menyedarkan kita akan perasaan cintakan negara
semangat kenegaraan, perpaduan, dan macam-macam lah
so aq cadangkan kat siapa yang tak pernah pergi tu boleh la cuba untuk pergi
sebab best dan tak rugi
tapi kena tengok jugak
kalau dapat sekali dengan geng-geng tak pe lah
lepas tu dapat pulak group yang best mase kem tu
dapat pulak fasi yang best
memang best la jadinye


gambar lepas slot dengan tnc.


gambar tuk kursus ni tak banyak lagi dapat
kursus ni pun banyak bagi pengalaman baru
dan juga sudut pandangan baru
masa ni jugak la baru sedar betapa pentingnya semangat kenegaraan, perpaduan dan patriotik tu
kalau nk ceritakan semua sekali apa yang jadi
memang panjang
sebab nak cerita satu persatu memang banyak dan panjang
semua nya ada dalam ingatan untuk diceritakan
jadi cukup lah sampai sini


jadi sekarang ni
masih lagi di ukm
menunggu benda yang ke-4 tu
kursus jaksa kiy + program dengam ums tu
harap program ni dapat berjalan dengan lancar
rasanya itu saja


.checkmate.